Thursday, August 12, 2010

Setiap Jam, Setiap Hari, Setiap Minggu

Setompok tahi lalat, Seketul ayam enak;
Sebuah peti emas, Radio berputar ligat;
Bunyi merdu untuk anak Adam.

Anak Adam dan Hawa yang duduknya menungkan bulan;
Nasib tetap cuma alasan;
Namun jika itu pendapat kamu, putaran bumi tetap pada nisbahnya.

Cubit tangan kananku sekuatnya, kerana aku sedang bermimpi;
Lebih baik jika kamu keluarkan jasad aku dari sini;
Kerana nanti kepalaku akan kembali berteriakkan.

Harus keluarkan segera segala isi dunia dari fikiranku;
Perlu untukku memilih tilam baru sofa tidurku;
Andai perlu rasanya aku bersumpah kerana inginkan kasih;
Aku jatuh semakin dalam dan parah.

Rasanya aku harus lebih faham;
Rasanya aku tidak sempurna memahami;
Ketika aku ini bersendirian, kukuh teguh segalanya;
Tapi entah mengapa, bawah lapisan tebal air tasik, rasa seperti tidak sempurna.

Maka boleh aku katakan ini hanyalah permainan sebuah teka-teki sahaja.