Wednesday, March 3, 2010

Ini BUKAN puisi CINTA, Ini untuk AKU dan BUKAN untuk KAMU

Jika semalam aku minum teh ais

Hari ini aku minum milo ais


Jika semalam aku enggan mendengar lagu jenis itu

Hari ini aku sering mainkan di komputer riba ku


Jika semalam aku mahu simpan seluar dalamku

Hari ini aku berikan pada kamu


Jika semalam aku berjanji untuk rajin bekerja

Hari ini aku ponteng untuk bersama kamu


Jika semalam aku berkata itu benda bodoh

Hari ini aku menjadi bodoh


Jika semalam aku gemar menonton cerita itu

Hari ini aku berat untuk bermain


Jika semalam aku tidur sebelum pukul 1 walaupun tugasan bertimbun

Hari ini aku berjaga dalam menunggu


Jika semalam aku berfikir tentang aku

Hari ini aku berfikir tentang aku, kamu, dia dan mereka


Maka esok aku berharap ia tidak akan putus